Assalamualaikum..
Selamat datang didoakan semua pembaca dan pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan
sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Alhamdulillah semasa Kami mendapat surat butiran untuk
perjalanan Trip percuma kami ke US hati sangat berbunga-bunga apa taknya bagi
Mai sendiri ia umpama hadiah ulangtahun perkhawinan mai yang ke 7.Kami akan
berangkat ke US pada 13 ogos dan sampai semula ke tanah air pada 23 ogos kira-kira 10 hari
kami berada di US. Mai menganggap percutian ini sebagai hadiah ulangtahun
kerana tarikh ulangtahun perkahwinan kami ialah 17 ogos tak pernah kami mimpi
sebenarnya dapat pergi ke bumi US tapi dengan Shaklee ia menjadi kenyataan.
Trip percuma ini memang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee duit makan pun Shaklee
bagi kami hanya perlu menyedikan duit poket untuk membeli belah sahaja.
Mengikut tentative program kami di Sana sangat padat kami
akan berangkat pada 13 ogos dan oleh kerana trip ini ramai yang layak iaitu
lebih kurang 300 orang kami di bahagikan kepada 3 kumpulan dan kami adalah
kumpulan ke 1 dan akan menaiki Singapore airline.
Jom Mai ceritakan perjalanan kami.Mengikut jadual
penerbangan kami adalah yang paling awal antara 3 kumpulan yang telah
ditetapkan.Kumpulan kami perlu berkumpul seawall jam 4.30pagi kerana kami akan
berangkat pada jam 7.30pagi dari KLIA menuju ke Singapore terlebih dahulu.Kami
berangkat dari rumah pada jam 3.30pagi dan sampai di balai perlepasan GATE 5
pada jam 4.25pagi.Masa kami sampai dah ramai yang dah sampai lebih awal dan
kami semua perlu beratur untuk proses
“Chek in” bagasi terlebih dahulu dan pada masa ini juga pihak Shaklee sedang
mengagihkan wang saku dan kami diberikan 400USD setiap orang.Wag banyakkan alau
di darabkan dengan nilai matawang kita lebih kurang RM1300 seorang.Kaunter
untuk Chek in dibuka sekitar jam 6pagi dan sementara menunggu mai dan suami
bergilir-gilir untuk solat subuh.Mai nak ambil peluang ingin menceritakan rasa
sedih mai mengenai surau yang disediakan terlalu jauh.Masa kami berjalan menuju
ke Surau kami lihat ramai pakcik dan makcik yang tidak larat berjalan terpaksa
berjalan jauh untuk ke surau bayangkan lebih 1km agaknya jarak Surau dengan
kawasan menunggu di balai pelepasan ada antara sanak saudara yang datang untuk
menghantar ahli keluarga terpaksa berjalan jauh jika ingin menunaikan
solat.Kami berharap sangat pihak pengurusan KLIA dapat menyediakan surau dengan
jarak yang lebih dekat bagi keselesaan dan kemudahan para penumpag dan ahli
keluarga yang datang menghantar.
Ok mai sambung cerita penerbangan Mai ke US.jam 7.30pg kami
bertolak ke Singapore dan Alhamdulillah selamat mendarat di change Singapore
pada jam 8.15am.Kami tidak berada lama di sana dan kami perlu menukar pesawat
ke US dan waktu berangat adalah 9.30pagi kali ini kami harus menempuhi
perjalanan selama 17 jam di dalam pesawat tapi Alhamdulillah selepas 7 jam kami
perlu berhenti di Tokyo Jepun kerana pesawat yang kami naiki erlu mengisi
minyak.Wah seronok sangat kerana kami dapar menjejakan kaki di bumi Jepun walau
hanya berada di sekitar lapangan terbang.
Lupa Mai nak cerita oleh kerana kami bertolak pagi dan
singgah di Singapore jadi kami perlu mengikut waktu solat Singapore jadi kami
telah menunaikan solat zohor dan asar secara jamak takdim di dalam pesawat
lebih kurang jam 2 petang waktu Singapore.Semasa singgah di Jepun waktu magrib
telah masuk di jepun lalu kami telah menunaikan solat magrib dan isyak secara
jamak taqdim dan kami solat subuh
mengikut waktu Jepun.Alhamdulillah kami bersyukur kerana dipermudahkan urusan
solat walau dalam perjalanan yang jauh.Mengenai makanan di dalam Pesawat kami
tidak perlu risau kerana pihak Shaklee telah uruskan dengan baik sekali.Kami
telah disediakn makanan halal di dalam pesawat.Kami telah diberi pesanan yang
kami tidak boleh menukar tempat duduk dengan non muslim kerana makanan
disediakn mengikut tempat duduk dan nak
di jadikan cerita mai dan suami menukar
tempat duduk dengan SID Non muslim kerana mereka tidak mahu duduk di tepi
tingkap dan minta untuk menukar tempat dengan kami, wah masa tu kami seronok
snagat kerana mai dan suami memang ingin duduk di tepi tingkap dan kami telah
memaklumkan kepada peramugari tentang pertukaran tempat duduk bagi urusan
penyediaan makanan mengikut menu Muslim.Ini merupakan mengalaman buat kami
berdua kerana ini adalah perjalanan ke 2 kami menggunakan pesawat.Kali pertama
kami menaiki pesawat Saudi Air iaitu semasa menunaikan umrah pada bulan 5 lepas
dan masa itu tiada isu makanan halal kerana semua yang menaiki pesawat semuanya
muslim dan hanya makanan halal yang disediakan. Boleh baca kisah perjalanan
Umrah mai di sini ..
Semasa dalam pesawat memang terasa agak lama apa yang kami
buat iailah membaca al-quran,menonton cerita dan tidur.Alhamdulillah kami telah
selamat mendarat di lapangan terbang Los Angelos pada jam kira 2 petang.
Sekarang bermulalah sesi yang mendebarkan bagi kami kerana
sebelum berangkat kami telah diberitahu bahawa proses untuk melepasi nak c
urusan Kastam di US sangat ketat.Oh mai terlupa nak cerita kita perlu “declair”
sema bentuk makanan yang kita bawa dan kita perlu mengisi boring yang telah diberikan
semasa di dalam pesawat.
Semasa proses untuk melepasi Kastam kami perlu beratur lebih
kurang 45 jam ini kerana terdapat pesawat lain yang sama-sama
mendarat.Tapi semuanya berjalan lancar
ini kerana banyak kaunter yang disediakan.Semasa tiba giliran kami (jika kita pergi dengan keluarga kita boleh
melalui kasta bersama-sama ahli keluarga).Semasa melalui pengawai kastam kami
di Tanya tujuan datang ke US dan Mai terus menunjukkan buku program yang telah
diberikan oleh pihak Shaklee.Pegawai itu juga bertanya tentang makanan apa yang
kami bawa.Alhamdulillah hanya itu yang ditanya dan dilepaskan.Syukur pada ALLAH
dipermudahkan segala urusan kami tetapi ada juga ahli kumpulan kami yang di
tahan dan dilakukan soal selidik mengikut cerita pihak travel agent itu adalah
perkara biasa dan selalunya pihak kastam memilih secara rambang.Selepas semua
selesai kami telah di bawa menaiki Bas menuju ke Long beach iaitu ke hotel
Hilton.Setibanya di Hotel kami telah disambut oleh Manager Shaklee Malaysia Mr
Victor dan jamuan selamat datang.Selepas selesai makan dan kami diberikan kunci
bilik kami terus masuk ke bilik masing-masing untuk berehat dan aktiviti hanya
akan bermula esok.
Ok cukup cerita mai untuk hari ini, nanti mai sambung lagi
cerita hari seterusnya di US.
No comments:
Post a Comment