Wednesday, 13 January 2016

KELEBIHAN MENYUSUKAN ANAK MENURUT PANDANGAN ISLAM


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Kakma nak kongsikan hasil pembacaan kakma tentang kelebihan menyusukan anak menurut pandangan islam.Ibu -ibu yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Apabila ibu menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamaalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.Ibu yang pmemberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
InsyaAllah susu ibu akan menjadikan anak lebih sihat dan susah untuk terkena penyakit
terutama selsema dan batuk.
Pemberian susu ibu kepada anak memberi pengaruh yang sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizikal dan jiwa anak.
Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Subhanallah besar sungguh pahala yang Allah janjikan buat ibu menyusu.




Di sini kakma kongsikan juga doa dan amalan yang boleh di amalkan oleh ibu2 yang sedang menyusukan bayi.
Amalkan doa ini..
"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMEEN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada dada, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka
Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu
terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di
antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami
berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu
merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 
Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah dan cukup untuk bayi jika kita istiqamah dengan amalan yg tersebut di atas.