Wednesday, 18 January 2017

SET KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT YANG SEMULAJADI DAN SELAMAT


Jika anda masih mencari cari set kecantikan dan penjagaan kulit yang semulajadi dan selamat, Kakma sangat syorkan anda mencuba rangkaian produk kecantikan Nutriwhite dari shaklee. 1 set Nutriwhite ini ada 7 perkara iaitu.

Pengedar shaklee sentul


1. Nutriwhite Action Makeup Remover (150ml) Menjadikan kulit semakin lembut, licin dan berseri. Tunas Pokok Bic berfungsi menanggalkan sel kulit mati dngan lembut tanpa meninggalkan kesan . Kulit menjadi lebih tegang dan segar dengan ekstrak Aleo Vera. Kulit kelihatan lebih berseri dengan struktur yang lembut dan tidak berminyak. 


2.  Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml) Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit Menyegarkan dan lembut pada kulit


3. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (150ml) Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang. Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang. Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang. Kulit dilembapkan dengan Marshmallow. Sangat effectif. 

4. NutriWhite Daily Defence Whitening Essence (30ml) Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry Strawberry Begonia berfungsi mengimbangi pigmen kulit. Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit. Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut. 

5. Nutriwhite Spot Whitening Treatment (10ml) Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat. Kuasa Pencerahan dari ekstrak Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit. Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata. 

6. Ultimate Protection Whitening Lotion, Daytime (50ml) Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut. Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran.

7. NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (50g) Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam. Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit. Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri.

Nak dapatkan produk kecantikkan nutriwhite ni? Jom hubungi kakma
0193624134

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji

 Call/ Whatsapp : 019 3624134
 Email : kmshop143@gmail.com
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday, 17 January 2017

TERPEDAYA DENGAN IKLAN PRODUK KECANTIKKAN, APA YANG DAPAT MUKA BERJERAWAT TERUK DAN ROSAK


Sejak beberapa tahun ni kakma baru ada kesedaran dalam pilih produk kecantikan dan penjagaan muka.Ini kerana kakma sendiri telah terjebak dengan bermacam produk kecantikan yang berlambak di pasaran yang menjanjikan kulit akan cantik tapi apa yang kakma dapat sebaliknya.

Macam ni lah jerawat kakma dahulu (gambar sumber google)
Kakma tak ada gambar masa dulu.

Kalau ingat zaman2 dulu menyesal sangat...kakma mula naik jerawat masa form 4..masa tu kakma gatal cuba satu produk ni masa tu lepas perkhemahan muka sunburn konon guna lah produk ni nk boleh cerahkan balik muka...hasilnya kakma naik jerawat teruk, masa tu sangat,sebelum tak ada pun jerawat...

Lepas pada tu kakma ikut je apa org ckp suruh try semua kakma cuba sebab kakma sedih tengok muka sendiri memang naik jerawat teruk.. Kalau ingat balik takut fikirkan produk2 yg kakma dah cuba..nak cerita pun takut..bertahun muka kakma ni terdedah ngan mcm2 chimical kot...rasa bersalah sangat dengan diri sendiri dan berdosa rasa tk jaga amanah yg Allah berikan..

Tapi skang sejak ada ilmu kakma mmg kebal keluarlah iklan apa pun..putih dlm 3 hari? Sapu2 putih?? Lg lah kakma takut..lg cepat kesan lg kakma takut...kl fikir mcm mn lah blh putih dlm masa sekejap tu..apa lah bahan yg diaorg letak..

Sejak 2015 kakma setia dengan produk nutriwhite ni...tp pada permulaan kakma rawat n detox dulu muka dgn enfulselle. Sekarang konsisten pakai nutriwhite.
Alhamdulillah lepas 2 thn baru nmpk kesan..tkpe lah biar lambat asal selamat...
Mmg ada je yg tegur kakma..."mai tu pakai ke shaklee apasal muka tak ok2" walau org2 tu ckp belakang..kakma tak kisah..yg penting kakma tahu apa kakma buat...
Kakma nk rawat dari dalam n luaran...dan apa kakma fikir biar lambat asal selamat.


Boleh baca Di sini kandungan bahan2 yang ada dalam produk nutriwhite

Kakma jamin produk nutriwhite ni coz mmg semulajadi kakma tgk kandungan semua dari tumbuhan..lgpun kakma yakin dgn shaklee coz motto shaklee SEMULAJADI, SELAMAT,BERKESAN.
Dalam masa sama kakma juga makan vitamin shaklee seperti Vitamin C, carotomax dan Vivix.

Alhamdulillah sekarang muka kakma dah banyak perubahan jerawat2 yang bernanh dah tak ada..kalau ada pun time nak datang bulan dan sekejap je..sekarang hanya tinggal parut..(kakma ni mmg tangan tak suka duduk diam suka sangat picit tu tinggal parut)

Pengedar shaklee sentul

Pengedar shaklee sentul


Buat kawan2 kakma n adik2 yg baru nk Up ni berhati2 lah pilih produk, jangan mudah terpengaruh sebab kesannya kita yg tanggung bukan orang lain.

Nak dapatkan produk kecantikkan nutriwhite ni? Jom hubungi kakma
0193624134

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday, 15 January 2017

SETAHUN TERLANTAR SAKIT KINI KEMBALI BERJALAN TIDAK PERLU BUANG BUAH PINGGANG.


Kakma cukup tersentuh hati baca kisah sahabat FB kakma hari ni..Kisah ayah mertuanya yang dah setahun terlantar sakit kini kembali berjalan dengan berkat usaha pantang mengalah sebelum ajal akhirnya ayah mertua beliau makin sihat...syukur semuanya dgn izin Allah kita hanya berusaha kan.
Vivix produk yang kaya dengan resveratrol dan polifenol



Ni kakma kongsikan kisah dari FB sahabat kakma #RizaAfzanAsri

Abah Mertua Berjalan Kembali Selepas Setahun Terlantar Selepas Pembedahan, Resveratrol & Polifenol Bantu Tingkatkan Kualiti Hidup
====================================
.
Saya tak tau la orang lain macam mana, mesti antara percaya atau tak. Tapi bagi kami suami isteri, bila dah berlaku kepada Abah sendiri mesti rasa macam nak sangat berkongsi kisah ni.
.
Kisahnya bermula bila Abah mertua jatuh sakit sampai terlantar tak boleh bangun. Beliau memang ada masalah batu karang di buah pinggang. Sehinggakan ada doktor yang merawat mencadangkan agar Abah mertua saya ni jalani pembedahan buang sebelah buah pinggang tersebut.
.
Tapi kami pertikaikan atas alasan yang kukuh. Abah mertua saya sakit sekitar pinggang sebelah kanan. Masalah batu karang tersebut di buah pinggang kiri. Jadi memang nampak tak logik dan tiada perkaitan kan?
.
Dari situ suami saya dapatkan pandangan dari kawan-kawan, mereka cadangkan kami agar dapatkan cadangan pihak kedua. Di tempat baru, baru doktor di sana simpulkan yang sebenarnya Abah mertua ada masalah PSOAS Abcess - otot PSOAS di bahagian pinggang kanan tu yang membengkak dan bernanah. Ala-ala bisul yang bernanah, dah masak dan tunggu nak pecah je.
.
Boleh baca lanjut bagaimana doktor di tempat baru kenal pasti masalah ni di sini hasil perkongsian cerita dari En Suami Sado:

Hah, mujur Allah gerakkan hati untuk dapatkan pendapat kedua dan tak terus melulu buang buah pinggang kiri tu. Fuhhhh! Dah buang mana nak dapat buah pinggang ganti kan?
.
Alhamdulillah Abah selamat jalani pembedahan buang nanah tu hujung tahun 2015. Tapi keadaan Abah mertua sangat lemah masa tu. Dengan kandungan protein yang sangat rendah, Abah nampak sangat uzur. Lebih banyak tidur. Makan dan minum pun tak lalu. Tak makan macam mana nak dapat zat yang bantu proses penyembuhan ye tak?
.
Akhirnya setelah suami berbincang dengan adik-beradik beliau, mereka cadang nak abah minum Vivix untuk mendapatkan khasiat resveratrol dan polifenol tu. Bab harga RM503 sebotol belakang kira. (p/s: jadi ahli dapat harga lebih murah tau). Janji Abah mertua sembuh dan kuat semangat kembali. Biasalah, orang sakit perasaan dan semangat mereka 'fragile' sangat.
.
Lepas minum Vivix 3 botol selama 3 bulan, memang nampak perubahan pada Abah. Abah dah nampak lebih bertenaga dari sebelumnya. Tak banyak tidur sebelah siang. Boleh dah gerakkan anggota badan walaupun masih lemah.
.
Tapi yang best, kawan-kawan yang datang ziarah Abah mertua semua puji muka tak nampak macam orang sakit. Nampak cerah dan macam sihat. Tapak tangan Abah pun lembut tau bila saya bersalam dengan beliau.
.
Selain tu, selera makan pun bertambah. Kalau dulu Abah mertua memang makan 6 sudu je setiap kali waktu makan. Memang dia kira tau! Tak mau lebih. Tapi sejak dah makan Vivix 8 botol, Abah mertua dah pandai nak request makanan, makan banyak dari biasa.
.
Ya betullah apa yang saintis Shaklee dah kaji Vivix ni ada resveratrol dan polifenol yang membantu mekanisma membaiki sel hingga ke peringkat DNA. Terbukti ia membaiki sel-sel Abah, contohnya sel lidah untuk lebih sihat dan membuatkan selera makan Abah semakin pulih.


.
Ini bukan berlaku dengan sebotol Vivix ya. Abah mertua dah amalkan lebih dari 12 botol Vivix semenjak sakit ni dan masih amalkan sampai sekarang.
.
Saya dah lihat dan terbukti sangat 4 mekanisma tindakan Vivix tu memang bukan sekadar tagline lariskan produk je tau. Bukan sekadar jual air liur. Tetapi ia pelaburan kesihatan yang sangat berbaloi, selamat dan lengkap dengan #landmarkstudy.
.
Apa yang pasti semua ini takkan berakhir di sini sahaja. Abah mertua sekarang dalam proses untuk kembali kuat seperti dahulu. Memang yang pernah sakit dan uruskan orang sakit sahaja tau nikmat sihat yang sebenar.
.
Keputusan memberikan Vivix sebagai ikhtiar tingkatkan kualiti hidup Abah mertua memang berbaloi. Jangan ditanya komponen mana yang membolehkan abah kembali sihat.
.
Tapi yang pasti, kombinasi semua ramuan, Muscadine Grapes ,Purple carrot, European Elderberry (Sambucus Niagra) dan Polyganum Cuspidatum (Japanese knotweed) dalam Vivix dah banyak bantu abah untuk kembali dapat kualiti hidup seperti dulu. 
.
Para pembaca sekalian, mohon doakan Abah mertua saya, Cikgu Nordin Hashim kuat semangat dan kembali sihat seperti dulu ye. Ameeenn.
.
Alhamdulillah syukur..kakma tumpang happy..
Bagi anda yang mungkin ada family yg ada masalah yg sama kakma sangat2 syorkan anda ikhtiar dengan Vivix ini kerana produk ini bukan sekadar hebat dari segi testimoni sahaja tetapi memang ada ujian klinikal dan ada landmakstudy.

Shaklee sentul
Vivix

Nak dapatkan vivix dengan harga jimat???
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

 Call/ Whatsapp : 019 362413
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday, 23 December 2016

KETAHUI PUNCA DAN JENIS KEPUTIHAN DAN CARA MENGATASINYA


Ramai kaum wanita yang mengalami masalah keputihan, Jika di biarkan ia boleh mendatangkan masalah. Masalah keputihan ini akan membuatkan kita berada di dalam keadaan tidak selesa dan boleh membuatkan kita gatal pada kemaluan..Kita perlu ketahui punca terjadinya keputihan agar kita dapat mengatasi masalah ini.

PUNCA DAN JENIS KEPUTIHAN


Punca Keputihan

Keputihan selalunya terjadi akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, dan penyakit dalaman. Kehidupan wanita kerap berlaku perubahan hormon terutama ketika kitaran haid, mengandung, dan bersalin. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika kitaran haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.  Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, manakala tiroid juga akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon.


Jenis-jenis keputihan. 

1. Chlamydia Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman  HPV Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Warna Keputihan

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, ia adalah keputihan normal yangtidak perlu dirisaukan. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.
Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar keputihan telah  dijangkiti  sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamana ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

 6.Kelabu
 Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia bekemungkinanan petanda awal kanser.

7. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

8. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Bagi mengatasi masalah keputihan ini Kakma sangat syorkan anda mengamalkan vitamin Shaklee ini kerana kakma sudah membantu ramai mereka yang ada masalah ini.

3 vitamin yang kakma syorkan ialah
GLA - berfungsi bagi menstabilkan hormon
Alfalfa - untuk proses detok dan melawan alahan.
Garlic - berfungsi sebagai anti kulat dan antibiotik semulajadi

VITAMIN UNTUK RAWAT KEPUTIHAN



Dapatkan Set keputihan ini sekarang hubungi kakma 0193624134,

Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin terbaik untuk mata ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday, 20 November 2016

KISAH HIDUP DR. FORREST C. SHAKLEE SEPERTI MATI HIDUP SEMULA


Kakma nak kongsikan sejarah hidup pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee.Rugi lah kan kalau kita SID tapi tak tahu kisah pengasasnya.
Di bawah ialah gambar kenangan kakma ambil di kerusi Dr Forrest C Shaklee semasa kakma ikuti trip Shaklee pada tahun 2014.

Kenangan bergambar di kerusi Dr. Forrest C. Shaklee
Kisah Hidup Dr Forrest C. Shaklee

Semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah dia dah give up & seolah2 tunggu je anaknya meninggal.

Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba2 yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.

Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak2 tapi dia sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak2 dan remaja yang happy.  Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Dr forrest c shaklee
Pengasas Shaklee
Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dgn tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yg tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest taknak give up. Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.
Dr. Forrest C. Shaklee
Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.


Akhirnya beliau meninggal pada tahun 1986 iaitu pada usia 91 tahun.Beliau telah menidakkan jangkaan awal doktor yang mana doktor menjangkakan beliau hanya boleh hidup sampai 8 tahun sahaja.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.

Itulah motivasi pengedar2 Shaklee iReach, nak berbakti & berkongsi yg terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap2 orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Alang2 hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dgn pahala yang tak putus-putus..Aminn moga kakma pun dapat sumbangkan sesuatu untuk kebaikkan masyarakat.


Saturday, 19 November 2016

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.


Kisah sirah ni selalu kakma dengar dan baca..tapi walau berulang kali dengar ia tetap menusuk ke hati...Allahuakabar tak terucap betapa mulianya Rasulullah..layakkan kita bersama baginda di syurga kelak?Menitip air mata setiap kali baca sirah Rasulullah yang ini..satu lagi sirah yang amat kakma ingat ialah kisah Rasulullah dengan batang sepohon tamar. 

Jom selawat
AllahumasolialasaidinaMuhammad

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi....... dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan....... dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun..... aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia".

Ketika itu semua sahabat diam............. sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami.......... sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! ..... bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah. 

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!...... ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu Bakar!.... ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan...... lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan....... tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahaiAkasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan
Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik..... sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".

Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah...... Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda..... ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........ lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti kearah lain..... dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah aku...... maafkanlah aku...... mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........ sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu....... kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........ maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.

SEBARKAN WALAU PUN SATU AYAT.


Sama2 kita banyakkan berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W..
Allahumasolialasaidina Muhammad.
 

Friday, 18 November 2016

KISAH SEDIH DAN PERJUANGAN SEORANG IBU MERAWAT ANAK YANG MENGIDAP KANSER HODGKINS LYMPHOMA SEHINGGA SEMBUH


Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 
Kanser Lymphoma adalah sejenis kanser Darah 

Ini lah kisah yang kakma ingin kongsikan, kakma juga seorang ibu dan kakma yakin anda yang bergelar ibu faham dan dapat rasai apa yang dirasai oleh kak Saadiah apabila doktor mengesahkan anak beliau pengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Hati ibu mana yang tak sedih kan.

Tapi bukan kesedihan saja yang kakma nak kongsikan tapi kakma nak kongsikan semangat dan usaha seorang ibu bagi melihat anaknya sembuh.
Kakma kongsikan kisah yang di tulis sendiri oleh kak Saadiah.

Ikuti kisah beliau;

Ini kisah anak saya.  Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. 
Kanser lymphoma hodgkins
Anak beliau bebas kanser Lymphona Hodgkins

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang.  Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 

Sakitnya semakin kerap.  Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.  Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda.  Lepas tu datang balik. 

Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya.  Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. 

Setelah beberapa hari dapat result,  anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut,  cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya.  Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.  

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi.  Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 
Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. 

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat.  Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. 

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa.  Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement  bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. 

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.  Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.  Setelah konsisten ambil Vivix,  anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 

Syukur Alhamdullilah.  Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.

Anda dah bacakan begitulah tabahnya seorang ibu dan betapa yakinnya dan tekadnya ibu yang mana percaya dengan izin Allah tiada yang mustahil.
Jika anda atau ahli keluarga menghadapi penyakit yang sama seperti anak kak Saadiah kakma sangat2 syorkan anda ikhtiar dengan Vivix.
Vivix Shaklee diiktiraf melalui kajian saintifik

Dapatkan Vivix sekarang hubungi kakma 0193624134,

Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin terbaik untuk mata ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 17 November 2016

KAWAL BACAAN KENCING MANIS DAPAT SELAMATKAN MATA DARI BUTA


Kencing Manis? Kakma seakan fobia mendengar penyakit kencing manis.Ini kerana memang ramai yang ada masalah ini.Kalau tidak jaga makan dan tidak ikhtiar mencari penawar ia akan lebih teruk dan akan serang organ badan yang lain, paling merisaukan kencing manis boleh merosakkan sel saraf mata dan mengakibatkan buta.

Risiko pesakit diabetes
Risiko kencing manis

Kakma nak kongsikan kisah seorang makcik yang dikongsikan oleah anak sedara beliau yang mana makciknya dah lama mengidap penyakit kencing manis katanya memang ada keturunan.Makciknya ikhtiar dengan vivix dan bacaan gula makcik semakin menurun dan banyak perubahan positif.

Ikuti kisah beliau,

Assalamualaikum. Ini Maksu saya. Adik bongsu mak. Mak kata family mak memang ada kencing manis. Penyakit keturunan. Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan. Seram tahu tak. Huhuhu, kena prevent dari sekarang ni.



Bulan lepas melawat Cu, bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix. Untuk buah pinggang. 26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu. Lepas explain semua terus gerak pegi kerja sebab dah lambat. 2 minggu lepas tu Whatsapp Cu balik nak followup OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply.

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya bacaan kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10. Belum lagi tahap normal but its going there. Syukuuurrr sangat. Itu selepas sebotol Vivix. Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi. And yes, Cu repeat her second Vivix! Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria. Cu kata badan pun rasa sedap dan sihat. Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.

Sejak kebelakangan ni Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik. Cu tak sihat and tend to lost her vocabulary at times. Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit. Lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak. Tapi sekarang dah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix. Dengan izin Allah, what Vivix did worth the price!

Ini lah perkongsian dari  Nurul Syawani Saleh tentang emak saudara beliau yang ada penyakit kencing manis.

Bagi anda yang ada masalah sama seperti makcik beliau kakma sangat syorkan anda ikhtiar dengan Vivix, jangan lah tunggu semakin teruk kerana sampai satu tahap penyakit kencing manis akan serang saraf dan boleh menyebab kan buta dan kaki terpaksa dipotong.
Diabetes sehingga terpaksa potong kaki
Risiko pesakit kencing manis

Jangan biarkan masalah anda semakin teruk, dapatkan vivix sekarang sebagai ikhtiar ini kerana ramai dah mencubanya dan berjaya kawal kencing manis dan memang ada yang sudah sembuh.
Baca sini; 

Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin terbaik untuk mata ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*