Tuesday 26 January 2016

CARA KENDONG BAYI YANG BETUL

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Kakma nak kongsi mengenai pengendong bayi. Sebelum hamil anak ke 3 kakma memang tak tahu mengenai pemilihan kendong yang betul.Dulu masa anak pertama dan kedua kakma main beli je,masa tu tak tahu pun kreatiria pengendong yang sepatutnya.Tapi masa mengandung anak ke 3 kakma buat survey tentang pengendong dan kakma menemui SSC (Soft Structed Carrier).Baru kakma tahu pengendong bayi yang kakma guna sebelum ini adalah tidak sesuai untuk bayi kerana tidak memberi keselesaan kepada bayi terutamanya bahagian paha.


cara mengendong bayi yang betul dan salah
Cara Salah dan Betul Mengendong Bayi
Ramai ibu sekarang memilih untuk mengendong  bayi dengan menggunakan pengendong atau lebih dikenali babywearing , sekarang ini banyak jenis pengendong yang ada di pasaran sebagai  ibu kita harus pandai memilih pengendong yang sesuai, selesa dan selamat buat bayi kita.Terutamanya dari segi pemilihan jenis material yang mana ibu  perlu pandai memilih jenis kain agar memberi keselesaan buat bayi dan ibu.Banyak pengendong dipasaran bila digunakan membuatkan kaki bayi tergantung jika keadaan ini dibiarkan lama kelamaan akan membuatkan bayi tidak selesa dan boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.Dengan ini ibu perlu memilih pengendong yang boleh membuatkan paha bayi berada di dalam keadaan yang betul  agar menjamin keselesaan bayi da tidak mendatang kecederaan pada tulang bayi.

Apa yang perlu di ambil berat juga adalah posisi bayi semasa mengendong , mengendong bayi dalam keaadaan posisi mengadap muka ke hadapan sangat tidak di galakkan dan merbahaya serta memberi kesan yang tidak baik buat bayi.



7 sebab tidak boleh mengendong bayi menghadap kehadapan adalah.
  1. Mendatangkan risiko buat bayi itu sendiri bila berlaku sesuatu contohnya bila ibu tersadung dan jatuh, sudah tentu muka bayi yang akan jatuh dan tersungkur.
  2. Meluaskan pandangan bayi  yang mana bayi akan melihat semua benda yang mana akan membuatkan bayi mudah meragam serta akan menggganggu emosi bayi.
  3. Posisi ini tidak akan menyokong kaki bayi terutamanya bahagian paha
  4. Kepala bayi dan tulang belakang bayi tidak mendapat sokongan yang sepatutnya
  5. Posisi ini juga membuatkan tulang bayi tertekan kerana mendapat tekanan dari badan ibu
  6. Memberikan tekanan berlebihan kepada tuang pelvik bayi
  7. Kaedah ini juga sukar untuk dipakai serta boleh mendatang sakit belakang kepada ibu

Di bawah kakma sertakan gambar mengenai jenis pengendong yang ada dipasaran mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda memilih pengendong yang sesuai dan sepatutnya.




Monday 25 January 2016

APA ITU PENYAKIT PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR DAN CARA RAWATANNYA.

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Ramai antara kita tidak tahu akan kewujudan penyakit penapis buah pinggang bocor atau lebih dikenali sebagai Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang melibatkan buah pinggang. Setiap buah pinggang yang normal terdapat glomeruli iaitu sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing. Kebiasaannya lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil Proteinuria dan keadaan ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.
Tanda-tanda yang terjadi kepada mereka yang mengidap penapis buah pinggan bocor ini ialah :
Air Kencing Berbuih

Air Kencing menjadi berbuih-buih kerana terdapat protein di dalam air kencing

Pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya ini kerana kehilangan protein dalam badan
- Mata dan muka serta kaki menjadi bengkak.
- Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku. Ini terjadi kerana kekurangan protein di dalam salur darah lalu menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.

Antara rawatan yang diberikan dan dinasihatkan kepada pesakit Penapis buah pinggang bocor iaitu Nephrotic Syndrome ini ialah :
 -Pesakit akan diberikan, ubat steroid iaitu prednisolone untuk memastikan tiada protein di dalam air kencing.
- Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu dan serius
- Sekiranya terdapat jangkitan antibiotik akan diberikan
- Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. 
- Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa.
- Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic Syndrome.

Di sini Kakma ingin kongsikan pengalaman kawan baik kakma sendiri di mana suaminya disahkan mengidap penyakit buah pinggan bocor ini pada oktober 2014 tetapi kini bebas selepas mengamalkan suplemen shaklee.Suaminya mengambil keputusan untuk tidak bergantung kepada ubat steroid.Anda boleh baca kisah beliau di sini 
Anda juga boleh tengok video ini yang mana beliau menceritakan sendiri pengalaman beliau. 






Ini lah 2 produk yang beliau amalkan sehingga sembuh dari penyakit buah pinggang bocor yang beliau hadapi.Jika anda mempunyai penyakit seperti beliau iaitu penapis buah pinggang bocor dan ingin berikhtiar dengan suplemen shaklee iaitu Vivix dan omega anda boleh hubungi Kakma dan jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

RAWAT KENCING MANIS DENGAN VITAMIN SEMULAJADI

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma ingin kongsikan testimoni dari mereka berjaya mengawal bacaan gula dan sembuh dari penyakit kencing manis.Seperti kita tahu jika penyakit kencing manis ini tidak di rawat atau di biarkan ia boleh menyebabkan pesakit buta kerana paras gula yang tinggi akan merosakkan saraf mata.Ada juga yang terpaksa dipotong kakinya kerana kakinya memburuk dan busuk kerana di jangkiti kuman dan kulat.Oleh itu kakma nak anda tengoklah testimoni dari mereka ini, semoga ia dapat membantu anda yang sedang mencari penawar bagi mengubati penyakit kencing manis anda atau ahli keluarga anda.Sebelum itu anda boleh baca tanda-tanda kencing manis di sini
Sembuh setelah konsisten amalkan Vivix

Boleh melihat semula








Berita baik jika anda beli Vivix pada bulan ini Jan 2016 anda akan dapat dengan harga lebih jimat kerana Vivix promo bulan ini.Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

TANDA-TANDA KENCING MANIS YANG PERLU KITA KETAHUI

tanda-tanda kencing manis

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Tahukah anda 1 dari 6 orang rakyat malaysia adalah pengidap kencing manis dan Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar,tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadan sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar mereka mengidap penyakit ini sehinggalah ia sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut agar dapat mencegah sebelum ia menjadi parah.Kita juga tahu penyakit kencing manis ini adalah penyakit keturunan jadi bagi mereka yang ada sejarah keluarga yang ada kencing manis perlu menjaga pemakanan dan perlu berhati-hati dan peka terhadap tanda-tanda simpton kencing manis ini.


Tanda-Tanda Biasa Penyakit Kencing Manis

Bacaan gula dalam darah tinggi
Bila tahap bacaan gula tinggi ini memng tanda- tanda paling tepat yan menunjukkan anda telah mengidap kencing manis.Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan membuat ujian gula di klinik atau hospital.

Kerap buang air kencing
Kerap ke bilik air di waktu malam adalah  gejala biada kencing manis. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil secara kerap.

Dahaga yang berlebihan
Oleh kerana kerap kencing yang mana badan anda kehilangan air ia akan membuatkan anda rasa lebih dahaga.
Dahaga yang berlebihan ini tidak akan hilang walaupun setelah meminum air yang banyak.Walaubagaimanapu dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti sepatutnya, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan memberi isyarat bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi, sebab itu rasa nak makan sentiasa.

Cepat Keletihan
Apabila badan anda berusaha mengimbangi kekurangan glukosa ia akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda.

Luka lambat sembuh
Luka lambat sembuh ini terjadi kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyebabkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan tidak atau sukar untuk sampai ke anggota-anggota badan yang luka tersebut.
.
Kekejangan pada tangan dan kaki
Kejang, kebas,kesemutkan dan kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis kerana kandungan gula yang terlalu tinggi.

Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.Bacaan gula yang tinggi juga boleh merosakkan saraf mata.
Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal namun tahap gula yang tinggi sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, dan berisiko untuk menjadi buta.
  
Jika anda dapat kesan tanda-tanda kencing manis ini lebih awal anda dapat mencegah sebelum ia menjadi parah.Anda boleh mencuba suplemen shaklee yang mana sudah ramai yang berjaya mengawal dan juga ada yang sudah sembuh dari kencing manis selepas mengamalkan Vivix shaklee.Kakma kongsikan testimoni mereka yang mengamalkan Vivix ini.





Banyak lagi testimoni dari mereka yang mengamalkan vivix anda boleh klik di sini untuk melihatnya.
Inilah vivix yang diperkatakan ini.Berita baik jika anda beli Vivix pada bulan ini Jan 2016 anda akan dapat dengan harga lebih jimat kerana Vivix promo bulan ini.

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 


 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday 24 January 2016

BATUK BERDARAH SEMBUH DAN TAK PERLU LAKUKAN PROSES TEBUK UNTUK BUANG CECAIR

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Sejak akhir-akhir ini banyak juga kita dengar ramai yang mendapat sakit batuk berdarah.Dalam bahasa perubatan batuk berdarah disebut hemoptisis yang mana keluarnya darah atau kahak berdarah dari paru-paru dan saluran pernafasan ketika batuk. Batuk berdarah ini tidak boleh dianggap remeh, ini kerana keadaan ini mungkin indikasi dari penyakit yang serius. Jika batuk darah dialami oleh golongan muda yang memiliki latar belakang kesihatan yang baik, biasanya ia bukan petanda kepada suatu penyakit yang serius, akan tetapi, jika orang yang mengalaminya memiliki latar belakang kesihatan yang buruk atau dia adalah seorang perokok, maka ada kemungkinan batuk berdarah ini adalah satu petunjuk kepada penyakit yang serius.
Pada permulaannya mereka akan berasa gatal tekak dan juga terasa ingin batuk. Apabila batuk ia akan disertai darah. Darah yang keluar biasanya berbuih dan juga warnanya merah terang. 

Antara penyebab terjadinya batuk berdarah adalah :
  • Batuk teruk secara berpanjangan.
  • Bronkitis. Batuk berdarah yang disebabkan oleh keadaan ini jarang menjadi serius atau mengancam nyawa pengidapnya
  • Bronkiektasis. Selain batuk berdarah, jenis penyakit paru-paru ini juga menyebabkan penumpukan lendir di dalam saluran napas.
  • Infeksi paruSelain batuk berdarah,ia akan mengeluarkan kahak berwarna atau bernanah, serta sesak nafas yang disertai demam.
  • Edema paru atau penumpukan cairanBatuk berdarah biasanya terjadi kepada pengidap edema paru yang juga didiagnosis memiliki masalah pada jantung. Darah yang keluar saat batuk akan memiliki tekstur berbusa dan berwarna merah muda.
Kakma ingin kongsikan pengalaman dari customer kawan kakma Pn Ida Ifaz yang mengalami batuk berdarah yang serius kerana jangkitan kuman pada parur-paru yang mana darah dah penuh sebelah paru-paru beliau.Tetapi setelah 3 hari konsisten makan vivix beliau udah beransur sembuh dan tak perlu melakukan proses tebuk untuk keluarkan cecair.
Ini kakma Kongsikan sharing dari puan Ida Ifaz.


Jika anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah seperti di atas kakma sangat syorkan anda mengambil Vivix.Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
  • Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.
  • Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
  • Vivix merawat dari peringkat sel di mana vivix memperbaiki sel, mempertahankan sel,memberi tenaga kepada sel dan seterusnya meningkatkan prestasi sel.
  • Vivix bukan je terbukti boleh repair sel2 badan, DNA,tetapi repair otak dan metabolism juga. (ref: Jurnal of Neuroscience).
  • Produk ini halal, mendapat sijil daripada KKM dan beratus kajian klinikal telah dibuat untuk memastikan ia sentiasa berkesan, sentiasa mesra alam.


Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan Vivix ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Berita baik buatnya ,anda boleh dapatkan vivix dengan harga promo bulan ini kerana bulan ini vivix ada promo  buy 6 free 1 dan buy 2 dapar 5% diskaun.
Jika anda beli 2 botol vivix anda akan terus dapat percuma kealian dan cashback pada bulan berikutnya.
Sebarang pertanyaan,Tempahan dan Temujanji :
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*



Friday 22 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE KG PADANG BALANG SENTUL

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. 
Kakma nak bagitahu ni jika anda berada di kawasan sekitar sentul dan ingin dapatkan vitamin shaklee boleh hubungi kakma.Kakma boleh COD kepada anda yang berada sekitar sentul dan gombak secara percuma.Tetapi jika anda berada jauh anda tetap boleh dapatkan produk shaklee dari Kakma kerana kakma menggunakan perkhidmatan poslaju keseluruh malaysia.

Anda juga akan mendapat konsultansi percuma mengenai vitaminyang sesuai dengan keadaan dan masalah anda.Kakma amat mahir dalam memberi cadangan tentang set hamil,set berpatang dan set menyusu ini kerana kaka sendiri memang menggunakan shaklee sepanjang kehamilan,bersalin dan menyusu anak ke 3.

Jika anda ingin menjadi ahli shaklee kakma juga boleh uruskan pendaftaran anda dan kakma akan bantu dan guide anda.Banyak kelebihan yang anda akan dapat jika anda mendaftar sebagai ahli yang mana bayaran untuk menjadi ahli hanya rm69 seumur hidup ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM690) untuk mendapat keahlian percuma. 




Hubungi kakma di sini yer

Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

CARA DAN ADAB MANDIKAN BAYI DALAM PANTANG



Kakma nak kongsikan cara dan adab mandikan bayi dalam pantang iaitu bayi berumur sehari hingga 40 hari.Kadang-kadang kita terlepas pandang, apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam besen atau tab tetapi kita hendaklah cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya besen/tab air tidak menjadi air najis, yang mana kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Jesteru itu ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah cara dan adab memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Cara dan Adab mandikan bayi

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang dan gunakan air yang suam.
2. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
3. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
4. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. 
5. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema serta jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’nya tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah lemah paru-paru.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibubapa yang baru dan akan menimang cahaya mata yang pertama tak lupa juga buat ibu bapa yang akan menimang anak lagi,mungkin sebelum ini terlepas pandang.

Bagi yang masih mencari2 set berpantang boleh Baca di sini

Thursday 21 January 2016

TANDA-TANDA CACING BANYAK DALAM BADAN KITA

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma ingin kongsikan mengenai cacing atau juga dikenali sebagai parasit yang berada di dalam usus kita.Ada antara kita yang hanya fikir budak-budak sahaja ada cacing,kita silap kerana org dewasa pun ada parasit yang mana parasit ini akan bertelur dan membiak setiap bulan iaitu dari 14 haribulan hingga 21 haribulan pada setiap bulan islam.Mungkin sebab ini Islam menganjurkan kita puasa sunat pada setiap 13,14 dan 15 ini kerana bila kita kurang makan cacing pun tak dapat makanan yang mencukupi untuk membiak.Makanan yang paling disukai cacing adalah makanan manis dalam kata lain gula, tepung dan juga makanan segera. Jadi seeloknya kita kurangkan dan elak makanan tersebut.
Tanda-Tanda Cacing 
Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah

Antara tanda-tanda badan kita banyak cacing ialah :

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah

* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Jika badan kita banyak cacing mungkin perkara-perkara ini akan terjadi.


1. Kita tidak nampak kesan atau menjadi bila mengambil apa-apa supplement /vitamin.
2. Sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh. Kemaluan berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
3. Selalu mendapat gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam dan perut buncit serta berbunyi sesuatu dalamnya.


Kita disarankan mengambil ubat cacing setiap 6 bulan untuk memastikan badan kita sihat dan bertenaga dan paling penting bagi mengelakkan dari mendapat penyakit yang merbahaya.Jika kita lihat tanda-tanda di atas jika kita biarkan ia boleh mengundang masalah yang lebih serius.Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu.Bayangkan jika kita sudah berusia 30 tahun sudah tentu pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan kita...ngerinya.bila kita mengambil ubat cacing ,cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. ini kerana ia akan hancur dan keluar bersama najis.Namun ubat cacing tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tanpa saranan dan nasihat doktor.

Kita juga boleh berusaha buang atau bunuh parasit dengan memperbanyyakkan dan makan secara konsisten makanan di bawah.




Kita juga boleh mengamalkan vitamin Shaklee yang juga mengandungi makanan di atas bagi membunuh dan membuang parasit dalam badan.Apa yang Kakma syorkan ialah Peppermint ginger yang diperkaya oleh ginger (halia), garlic yang diperbuat dari bawang putih dan juga nutriferon yang mengandungi pumkin dan sunflower seeds.




Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan,Tempahan dan Temujanji :
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*



Tuesday 19 January 2016

KEKAL SIHAT DAN AWET MUDA DI USIA 73 TAHUN

Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Kakma ingin kongsi cerita puan Sabariah yang sudah berusia 73 tahun tetapi masih sihat dan boleh melalukan aktiviti lasak.Jom kita baca kisah puan Sabariah.



Assalamualaikum w.b.t.
Saya Sabariah binti Abdul Rahman, baru berusia 73 tahun dan mempunyai 4 orang anak (4 lagi telah tiada akibat keguguran ) serta 10 orang cucu.

Sejak remaja, saya sangat mementingkan aspek kesihatan dan apabila memasuki alam pekerjaan saya sangat berdisiplin dalam pengambilan suplemen dari pelbagai jenama. Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah kesihatan yang teruk melainkan sakit tulang belakang serta sedikit darah tinggi yang baru sahaja dikesan 3 minggu yang lepas.

Saya mengenali Shaklee di Malaysia semenjak saya masih bekerja di awal umur 30-an, kira-kira pada tahun 1980an. Sehiggalah saya menjadi pengguna tegar semenjak tahun 2012 apabila anak saya Azlinda Ismail mula berdaftar sebagai pengedar Shaklee. Saya bermula dengan Vivix, diikuti dengan SR Vita C, Collagen Powder, Ostematrix, OmegaGuard, Advanced Joint Health Tablet, Carotomax, GLA Complex, Garlic Complex dan beberapa jenis suplemen yang lain.

Sakit sendi yang saya alami semakin berkurang. Rasa berpasir dalam mata turut hilang dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten. Saya juga tak menyangka, ramai kawan-kawan menegur jeragat di pipi semakin pudar dan sering berkongsi rahsianya.

Pada tahun 2014, saya berangkat sendirian ke Glasgow untuk melawat anak ketiga dan keluarga yang menyambung pengajian di sana. Penerbangan di awal pagi Hari Raya Aidilfitri membolehkan saya menyambut Aidilfitri di Malaysia, Dubai dan seterusnya di Glasgow! Saya tak lupa membawa Vivix sebagai keperluan utama, SR Vita C dan Omega Guard sebagai pelindung dari selesema memandangkan cuaca yang terlalu sejuk sepanjang masa di Scotland. Tambahan pula saya berada di sana selama hampir 6 bulan, dan saya sentiasa berharap diberikan kesihatan sepanjang pemergian saya.

Awal tahun 2015, Allah berikan saya kesihatan dan peluang untuk saya bercuti dengan anak-anak di Glenshee, bermain salji dan sledge walaupun pada usia begini. Vivix menjadikan saya muda dari dalaman dan itulah usaha saya supaya sentiasa sihat selain berdoa kepada Allah s.w.t.. Vivix mudah dibawa kemana sahaja, ringan dan kecil tetapi padat dengan semua keperluan!

Saya sayang Vivix.
Saya bersyukur diperkenalkan dengan Vivix dan suplemen lain.
Di usia begini, saya pastinya mahu meniti saki baki usia saya dengan sihat, supaya saya mudah beribadat dan tidak perlu hanya terlantar kesakitan. Pesanan saya, anda yang masih muda, jangan lupa menjaga kesihatan dan konsisten dalam pengambilan suplemen yang berkualiti. Tak lupa pada yang masih ada ibu bapa, elakkan mereka menderita kesakitan di hari-hari emas mereka.

Sekian, saya sayang vivix.wink emoticoSaya sayang Vivix


**********************************************
Alhamdulillah seronok baca dan tumpang happy buat puan Sabariah,Betul kita yang masih muda jagalah kesihatan sesungguhnya kesihatan amat mahal dan kos bila dah sakit lagi mahal dari kos untuk menjaga kesihatan.
Di sini Kakma kongsikan info mengenai Vivix

#Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
#Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.
#Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
#Produk ini halal, mendapat sijil daripada KKM dan beratus kajian klinikal telah dibuat untuk memastikan ia sentiasa berkesan, sentiasa mesra alam.
Vivix merawat dari peringkat sel yang mana bila sel kita sihat badan kita akan sihat 4 fungsi utama vivix adalah
1- Mempertahankan dan memastikan sel sentiasa sihat
2- Memberi tenaga kepada sel
3- Memperbaiki sel yang rosak
4- Meningkatkan prestasi sel

Berita baiknya anda boleh dapatkan vivix dengan harga promo bulan ini.Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan,Tempahan dan Temujanji :
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*